***
"That was intentional!Tu memang sengaja namanya tu!"
Mata Dash mengecil. "2 months."
"Weekend practice."
"1 month."
"1 week."
"3 weeks."
"1 week and 1 day."
"Fortnight."
"Deal."
***
"Gila keji..."
Dash menjulingkan mata. "Dia lagi keji.Ada ke buat deal kalau kitorang tak masuk top 3,kena lari padang tiga kali."
Ketawa pecah. "Patut la menang macam tak cukup tanah."
***
Muka toya tak berbayang gaya berdosa barang sekuman pun.Stand dah siap tegak berdiri.Fail not dah siap terbukak.Dash lepak memusing bow dengan hujung telunjuk kanan.Muka toya tak berubah.Lee yang dah berasap tahap tak hengat dibuat tak nampak je.Even bilik studio tu sejuk dengan aircond tapi terasa jugak aura api keluar.
Lee menarik nafas panjang menahan sabar.Aku la... "Dania,apa masalah sebenarnya nie." Datar dingin dia bersuara.
Dash tak ambil pusing. "Apa?" Buat bodo.Dia menarik sila ke atas kerusi plastik tempat duduknya.
Peg dipusing menegangkan string. "No gums allowed in the school." Dipetik dengan hujung telunjuk untuk menguji bunyi. "Demerit 10."
Rahang hampir jatuh sama dengan violin dan bow nak terbalik dari riba. "Demerit 10 for chewing-gum?!!" Suara dah naik seoktaf.Bulat mata Dash merenung Lee.
Lee memandangnya sekilas sambil mencapai paket tali D. "Manners.Another 5.Sebab regarding AMPP,another 5."
Demerit points down 20 in one go?!Dah la demerit points aku dah memang super low ngalahkan Levi's cut. "Eh brother...over la nie...Salah guna kuasa namanya nie..." Dash dah gaya kaki pukul tak puas hati. "Backhand sekali kang..."
"Threatening AMPP." Tali D dipasang. "Kes ugut." Wajah Dash masih tak dipandangnya. "Detention."
Waarrrggghh!!!Rasa nak tarik rambut. "You're impossible!"
"Grow up,Dania." Tone suara Lee tak berubah. "Play."
"Inhumane." Dash menggumam marah.
"Language." Paket tali A dicapai. "5."
Ngee..!! "You la grow up!Takkan pasal snapped violin strings pun nak bagi demerit selang sesaat!"
Lee mengalih pandang ke arah Dash. "Ah." Keningnya diangkat sebelah. "Blame la orang yang snapped the strings."
"PMS!" Dash menjelir lidah sambil menjulingkan mata.
Tangannya memutar peg untuk menegangkan tali A. "Clash of the Band lagi seminggu,Konsert Kementerian lagi tiga minggu.And I've SPM." Nada suara Lee masih tak berubah. "Tak sempat pun nak PMS." Paket tali E dicapai. "Start Romance 2,kalau tak nak,start dengan Movement No.3.Jangan buat malu sekolah main sumbang kat Istana Budaya."
"Ha ha." Sepatah-sepatah Dash ketawa mocking. "He's not yelling his pants off." Dia menjulingkan mata ke siling. "Proven hypotheses. "Android yang ada glitch dalam system programme." Sambungnya menggumam. "Multiple personality disorder."
"Don't test my patience,girl." Hujung runcing bow violin tiba-tiba dah di bawah dagu hampir menekan anak tekak.
Dash menelan liur.Termati segala gerak geri dengan hujung bow di leher dan di bawah sinar mata Lee yang mencerun tajam.Rasa macam orang jahat kena cornered dengan hujung pedang dalam Alexandre Dumas punya Three Musketeers.Pertama kali tengok mamat nie hilang temper.
"Do you want me to snap your strings like you did mine?" Tenang dingin suara Lee mencecah telinganya.
"I di..."
Renungan Lee mematikan kata di anak tekak. "Do you want me to?" Nada ais bawah laut tu tak berubah suhu.
Geleng.Sumpah mamat nie nampak macam cold-blooded killer.
"Nak kena demerit lagi?" Bow masih belum beralih.
Geleng.Aku kerat rentas batang pokok keembung he's capable untuk bunuh aku hari nie.
"Detention?"
Geleng.Suara rasa takkan keluar selagi bow tu tak meninggalkan anak tekak.
"Good." Bow dibawa kembali ke riba. "Shut up.And play." Violin di riba yang masih belum dibetulkan tali E diangkat kembali.Namun matanya belum meninggalkan mata Dash yang masih tak berkelip. "Romance 2."
Posted at 08:34 am by hlovate
 |  |  |
miss merc December 5, 2009 03:31 AM PST
dash tu dania ke???confusing...hahahha but actually it is the best |
 |

 |  |  |
hana April 8, 2008 09:39 AM PDT
ngeri xingat si lee ni..wujud lg ke spesis mcm ni..teringin nak jumpe ;) |
 |

 |  |  |
farhakete February 15, 2008 08:39 AM PST
mak oiii sikit nyerrr hitlerr betul2 hitler... |
 |

 |  |  |
lin February 15, 2006 09:59 PM PST
sabo jek laa... |
 |

 |  |  |
wawan February 5, 2006 07:46 PM PST
sadis hlovate nih... ;p |
 |

 |  |  |
hlovate February 5, 2006 07:12 PM PST
=p
revenge is sweet,tambah kalau atas memenda personal *evil grin*
cth:
kalau mangsa sorang guitarist,wassalamkan dia nyer gitar
kalau sorang skater,deck dia
kalau sorang tagger(budak graffiti),stensil collection dia
kalau sorang kaki bola,jersey owen dia
ehehe...list goes on |
 |

 |  |  |
name February 4, 2006 11:10 PM PST
bengang asyik putus string org je. dulu gitar benz..nih violin lee...bahaya hlovate ni...jgn mare ek :)) |
 |

 |  |  |
AnakAbah February 4, 2006 08:05 AM PST
dash pun cuti gak erk..ehehehe..apepun..xsabo nk tunggu |
 |