~hlovatalk:penglipurlara~

   

<< February 2006 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04
05 06 07 08 09 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28

~BLOG TROTTER~

.:~hlovate's cerita~:.

~hlovate's hikayat~

~hlovatulis~

~hlovatalk~


~FAQs~

~~a moment~~




creep~street symphony

"...antara Fender dan warna-warna...
...antara muzik jalanan dan jalan cari Tuhan...
...ini cerita orang-orang itu...
....ini cerita masa lalu..."
|i||ii||iii||iv||v||end|
rooftop rant

"...lontarkan...
...kalau tidak ia meracun...
...kongsikan...
....walau hanya pada awan-awan..."


anthem

"...everybody has a past...
...everybody lives a present...
...everybody deserves a future...
...that was I and this is me..."
|prolog||1||2||3||4i||4ii||5||6||7||8||9||10||11i||11ii|
|12i||12ii||13||14||15||16i||16ii|

VERSUS
"....Minn..AO...and the sun....
....the past vs the present...
...skate and the street...changes and turning points in life....
...everything is under His will....."


Ked's Story
...Ked...Hadiah...Nawal...a lady....a romeo...a skater...
.....Florida-Virginia....
....everything is okay in the end.if it's not okay, then it's not the end....

GT_i~Trilogy

GreaTroubleMaker_i
"....heyday of the honeymoon year...
...Form4,Kolej Tunas...
....Addin and the GT_i....."

GreaTroubleMaker[i'm a senior]
".....enter the SPM year...aarrrggghhh....
.....budak jenayah bertemu buku dengan rak bukunya....
.....ice vs ice...ferum vs aluminium....
...Addin Shah vs Benz Alif...."

GT_i[i'm outta teens]
".....i want to have nothing to do with him..."
"...knowing a Didi and an Addin..."
"...changes of equation...
from Addin Shah vs Benz Alif=Didi+Benji..."


5tahun5bulan
".....a Plain Jane's diary....
....growing up and learnin ain't easy...
...not another mere fuzzy-mushy entries...
...antara Sultan Mansur,Jebat dan Hang Li Po,it's just part of the story...."


Schubert's Serenade
"...kasih sayang...
...ada di mana-mana...
...untuk semua...
....untuk sesiapa je yang mencari..."


web statistics

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Friday, February 24, 2006
Anthem~Past_8

         ^^^^^^^^^^^$%$^%&^*






          "Tell you what." Sett menutur rendah ala-ala stage whisper dengan sengihnya yang masih tak padam. "Betul kau drop dead gorgeous,aku tak tipu.Ada living proof." Dia angkat kening double-jerk.

 

          Kening Dash terangkat sebelah. "Sett,kau jangan buat lawak pagi-pagi subuh dengan aku boleh tak?"

 

          Sengih Sett masih tak cair. "Ada dua lelaki yang sampai speechless tengok kau macam nie."

 

          Huh?!Rahang bawah jatuh.

 

          "Lee dengan Sarjan Hamid."

 

          *

          Yeah!!!Band rocks!!Dash bersandar di kerusi stadium.Kakinya berlipat dalam sila santai.Trombone tersadai di sebelah.Clash of the Bands tamat juga.Tengah nak menunggu waktu untuk naik  bas balik ke sekolah.Ada lagi sejam.Mantap tak mantap tu...Dapat first runner-up.Kalah dengan King Edwards je.Azhar cakap tadi kalah mata pasal formation je.Memang tak boleh nak kata apa la.KE punya formation macam-macam gaya tu.Siap snare-drummers main baling-baling tukar drumstick ala-ala juggler Royal Circus of London.Base drummers dengan tenor drummers pun sama.Mantap...

 

          Pandangannya ditebar ke keliling.Ahli-ahli band dari segala macam sekolah saling mingle. Bersembang,berkenalan,beli air,packing instruments,buat itu ini. Hanya boleh dibeza dengan uniform yang lain-lain jenis je.Dash melepas nafas perlahan.Habis satu beban dah...Lepas nie drill untuk Konsert Kementerian pulak.Waarrrgghhh!!!Bila aku boleh lari dari Lee?Dia memejam mata sejenak.Tahan la,Dash.Tahun depan kau raya sakan la mamat tu dah tader kat sekolah tu dah.Dash kembali menebar pandangan ke keliling.Mana bebudak angkatan trombone geng aku nie?Tadi janji kata nak tolong belikan air.Nie bayang pun tak nampak.Tekak dah la rasa kering semacam.Air sebotol dah habis.Kepala pun rasa panas semacam.Can take off,ah?Hati berkira sendiri.

 

          "Eh?Sorang je?"

 

          Huh?!Dash berpaling lipat maut.Seperti kukenal suara ini....

 

          Tuan punya suara dah duduk di sebelahnya. "Yang lain mana?"

 

          "Beli air." Macam robot Dash menjawab.Aku mimpi ke apa Sarjan Hamid datang duduk sembang dengan aku nie?Kalau mimpi...nie mimpi ngeri ke,mimpi lalala?

 

          Sarjan separuh abad tu mengangguk. "Awak tak pergi beli?"

 

          "Diorang tolong belikan." Suara masih macam robot lagi.Aku cuak...aku cuak...Tak pernah dibuat dia masuk mode mesra alam nak bersembang dengan aku.Bila masa pulak aku jampi dia?

 

          Angguk lagi.Sarjan Hamid menanggalkan beret di kepala untuk mengipas wajah. "Saya suka tengok awak macam nie."

 

          Dash jatuh rahang bawah.Ngee?!Adakah lawak Sett pagi tadi jadi nyata?Dia berpaling merenung Sarjan Hamid dengan mata bulat.

 

          "Kan lagi manis kalau pakai macam nie." Sarjan Hamid mengangguk ke arah Dash dengan senyum. "Sejuk sikit mata orang yang tengok."

 

          Terasa muka berubah.Bukan...bukan blushing.Berubah yang tak dapat nak ditafsir riak.Dash melontar pandangan ke tengah stadium dengan renungan beku. "Ini namanya berlakon,Jen." Rendah Dash menutur.Nafas panjang dihela.Hari nie dia pakai tudung.Heh...bukan sebab tiba-tiba dapat aura keinsafan ala-ala pencahayaan agung.Tapi for the sake of uniformity.Budak perempuan semua kena pakai tudung putih.Untuk seragam.Mula-mula nasib baik je dia tak baling trombone kat Azhar,nasib baik sempat disabarkan Tat Seng dengan Sett.Diorang kata; 'Dash...lusa dah nak ada competition.Kalau drum major injured siapa nak ganti?'.Dan last-lastnya dia pinjam tudung Hani.Pakai tudung nie pagi tadi pun,Hani yang tolong pakaikan.Gila apa...aku mana reti?!

 

          "There's always a first step in everything."

 

          Dash sengih sumbing.Adakah Sarjan Hamid hari nie dengan tetibanya scarily friendly dengan aku sebab nak berdakwah?Ngerinya aku....Better la lagi aku kena tampar dengan dia dulu. "Saya bukan hipokrit." Rendah datar Dash menutur dengan mata masih di tengah stadium. "Mungkin I just don't belong.Saya belum mampu lagi nak buat semua tu."

 

          "Awak nampak tu?" Sarjan Hamid menunjuk ke tengah stadium dengan beret di tangan.

 

          Pandangan Dash menala mengikut arah beret Sarjan Hamid.Huh?!Kening terangkat tinggi.

 

          "Nampak tak diorang tu?"

 

          Mangkuk mee tom yam kau,Sett!!Harapkan pergi beli air boleh sambil menyelam pulak nak jual minyak urat dengan budak band sekolah Convent.Mata Dash mencerun.

 

          "Nampak tak?"

 

          "Apa Jen,takkan nak suruh saya tengok budak tengah jual line kot."

 

          Kening Sarjan Hamid pulak yang terangkat. "Hish!Bukan saya suruh tengok tu." Dia menggeleng. "Tu..." Dia menunjuk lagi dengan beretnya. "Nampak budak-budak kadet polis tu?"

 

          Dash menghala fokus pandangan.Oh...angkatan budak-budak kadet polis yang buat persembahan kawad tadi.Memang mantap gila.Dah la semua perempuan pulak tu.Sekilas dia memandang Sarjan Hamid.Menanti apa yang istimewa sangan bebudak tu sampai Sarjan Hamid suruh dia tengok bebetul? "Kenapa dengan diorang,Jen?"

 

          "Separuh budak-budak tu Chinese.Ada la sorang dua Indian."

 

          Rahang bawah jatuh betul-betul.Mulut rasanya boleh masuk tiga jari macam skuad koir sekolah.Tanpa sedar dia menelan liur.Mata dipejamcelik beberapa kali.Biar benar... "Biar benar,Jen..." Dia berpaling pada Sarjan Hamid.

 

          "Betul la tu."

 

          Tanpa sedar dia menelan liur.Semua budak-budak tu pakai tudung...Huhu... "Tapi Jen,diorang pakai for the sake of uniformity jugak.Macam saya." Betul la panas.Waarrrgghhh!!!Aku nak bukak tudung nie! "Bukan pakai sebab memang nak pakai." Rendah Dash menutur.

 

          "Fake it till you make it.Tak salah buat benda yang betul." Sarjan Hamid bangun dari kerusinya. "Pergi siap.Dah nak naik bas dah nie."

 

          *

 

"Ada dua lelaki yang sampai speechless tengok kau macam nie."

 

          Memang betul la hari nie hari yang scary.Nie lagi sorang lelaki yang speechless tengok aku macam nie.Masin betul mulut kau,Sett.Dash dah menggelisah di depan astaka.Panas.Badan dah berpeluh macam apa.Rasa nak tarik rentap je tudung kat kepala nie.Nak lari balik aspuri.Tapi si Lee Hitler tu tadi panggil kata ada hal.Ei bro,cat got your tongue,ah?Dari tadi tak bercakap lagi.

 

          "Apahal?" Suaranya tanya dah gaya ala-ala macam Sarjan Hamid je.Sejak nasib baik tak kena tikam dengan bow violin tu memang kalau nampak bayang Lee pun dia dah bukak langkah seribu.Serik aku!

 

          Kening Lee terangkat sebelah.Memang tak berubah. "Petang nie turun studio.Practice untuk konsert."

 

          Rahang bawah jatuh.Practice?!Aku penat tahap giga tak ingat nie,dia keluar arahan nak buat practice petang nie?!Aku nak tidooo!!! "Tak nak!Penat!" Dash menyilang tangan berpeluk tubuh.Apa nak jadi,jadi la.Dia mengalih pandang ke arah papan tanda sekolah.Dash,mungkin jugak kau tak serik-serik sebenarnya.

 

          Renungan Lee mencerun.Melawan pulak... "Nak kena demerit lagi ke nie?"

 

          Balik-balik salahguna kuasa MPP.Gila ke apa mamat nie?Dash menjeling. "Peduli la demerit ke apa." Dia menggumam.Aku penat tahap rasa nak pengsan nie boleh pulak suruh datang practice.Tak sempat tunggu esok ke?Dia dah nak angkat kaki.

 

          "Malas nak practice,tak payah perform." Toneless Lee menjawab balik.Dia dah melangkah ke arah studio.

         

          ***

         

Rasa nak tergelak.Tapi karang kalau betul aku tergelak mau kena backhand sekali dengan budak nie.Lee menggeleng perlahan.Dari ruang utama studio kumpulan quartet tengah berlatih untuk persembahan Malam Tunas Budaya Negeri.Lagenda-Sheila Majid tengah berlagu dimainkan.Dan yang kat dalam studio mini nie pulak...

 

Dash lena tidur bersila di atas kerusi dengan case violin jadi bantal peluk.Nampak lena sungguh tak sedar apa.

 

Lee menggeleng lagi.Aku expect budak nie tak datang practice petang nie.Bukan tak faham pasal penat.Dia sendiri pun sebenarnya kalau ikutkan memang rasa macam dah kena gam je kat katil tu.Clash of the Bands pagi tadi memang memenatkan tahap giga.Tapi weekend nie dah ada kem gabungan di Universiti Perguruan Sultan Idris untuk Konsert Kementerian.Kalau tak practice,alamat kena cekik hidup-hidup la dengan pengarah kem nanti.Dia menggeleng lagi.Akhirnya case violin dicapai dari rak bersama fail not dan music stand.Langkahnya kembali ke ruang utama studio.

 

Fizi yang baru nak memulakan count berpaling. "Eh,tak practice ke?"

 

"Practice." Lee meletakkan case violin dan fail not di lantai.Dia mula mendirikan music stand. "Aku practice kat sini."

 

"Dash mana?Bukan dia ada kat dalam ke?" Tadi aku datang dia ada je kat dalam tu tengah study not.

 

Lee senyum nipis segaris. "Dia buat solo practice."

 

***

Ma......lu tahap tak ingat!

 

Oasis menyanyi Wonderwall di telinga.Van sekolah tu meluncur laju di atas highway menuju ke Tanjung Malim.King of Torts di tangan ditatap dengan khusyuk yang dipaksa.Masalah la Dash...masalah.Berapa kali dah kau kira kantoi kalah mati dengan mamat nie?Dah la selama nie kena dera,lepas tu nasib baik tak kena tikam dengan bow violin,lepas tu hari tu kantoi lena ala-ala Sleeping Beauty dalam studio.Dia menapak jugak ke studio muzik petang tu sebab takut kalau Lee buat kerja gila tarik nama dia dari konsert nie.Tamau!!Bukan senang nak dapat peluang nie...perform depan His Royal Highness Agong kat Istana Budaya.Dah la dia ngan Lee je wakil sekolah untuk konsert nie.Tapi sebenarnya in the first place dia sendiri tatau macam mana boleh terpilih dek Mr.Choon cikgu muzik tu.Tambah dia budak baru kat sekolah tu.Tapi ada nak fikir sekarang.Benda dah jadi.Yang penting sekarang nie....Waaarrggghhh!!!

 

          Matanya berlari di celah CD holder di dalam shoe-bag itu.Kemudian naik semula merenung wajah Dash yang leka membaca King of Torts entah kali ke berapa.

 

          Lee berdehem perlahan. "Semua nie...Awak punya?"

 

          Dash tak menjawab.Hanya mengangguk.Matanya makin laju berlari.

 

          Super Sound Check Vol.1 sampai 3.Hiphop Block Party.Smash Mouth.The Beatles.Butterfingers.Jacko.Linkin Park.Creed.Third Eye Blind.Vertical Horizon.Green Day. Switchfoot.3 Doors Down.Bond.Train.Oasis.Korn.Topped it with a complete set of Yanni's.Weird...

 

          "The camp is just for three days..."

 

          "I can't live without those." Mata Dash tak berganjak dari baris-baris ayat Grisham.

 

          Lee hanya mengangkat kening.

 

          "And they confiscated by Nirvanas,Metallicas,Velvet Revolver and Guns N Roses because of the Black Metal issue." Dash menggumam rendah tanpa mengangkat wajah. "Duh."

 

          Now...that suits her.Lee kembali menyandar ke seat. "Dania."

 

          Dash hanya memandang sekilas.Apa?Aku alergic...!

 

          "Tengah kem tu nanti jangan tidur."

 

          Dia menggigit bibir bawah.Menahan mulut dari menjawab. Grisham... Grisham...Geram...Geram...King of Torts...King of Torts...

 

 


Posted at 09:11 am by hlovate

Name
August 2, 2009   04:42 AM PDT
 
skyisblue..
nape gy cm hipocrito je..
no heart feeling..
skyisblue
May 23, 2009   08:31 AM PDT
 
its just a story..asal korang sume nih gaya mcm dah terjatuh gaung nih?geez...back to reality dowh!!!
fradyna
April 30, 2009   07:42 AM PDT
 
HEHE...bkan sleeping beauty lg la.. tp sleeping dash aka dania..
kurikkendi
September 4, 2008   11:59 PM PDT
 
bunyi 'lee-dash' mcm .. libas !
ngahahah;D sama mcm dania yg slalu nk bckhnd si lee tuh ! ;)
ika
February 14, 2008   05:35 PM PST
 
bes r citer nie............................
jaja
February 25, 2006   09:05 PM PST
 
dania yg semakin cumel...kui kui kuiii.. owhh lee lee lee
finalan
February 25, 2006   06:35 AM PST
 
Ei bro,cat got your tongue,ah? -can?

p/s: dash-lee, singgahlah umah akak lepas abis performance kat UPSI..:P
yaya
February 25, 2006   12:42 AM PST
 
thanks hlovate...lee-dash..semcmlak nak sebut..
appl3tre3
February 24, 2006   05:34 PM PST
 
mesti lg comel time dia tidur peluk case violin tu =)
Name
February 24, 2006   05:07 PM PST
 
ehehe..mesti comel kan dash pakai tudung ;)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry