Hati-hati dia membetulkan letak lapel sut hitam itu di depan cermin besar sementara menanti pintu lif terbuka.Lapel pin AES kemas tersemat di bawah lapel pin silver dragon.Dash merenung pantulan diri di cermin tinggi itu.I so look like a professional assassin in suit.Bibirnya mengukir sengih lopsided.Black suit,black heels,earphones on,violin case on one shoulder.Macam tempat sorok machine-gun. Ahaha...you’ve been reading too much fiction,girl.Dash menggeleng perlahan.Dia menyeluk saku slack.Paket chewing-gum ditarik keluar.The best remedy kalau tengah cuak.Dia menghela nafas panjang.Sebelah tangan menyentuh silver dragon di atas lapel.Hey,Josh.Dia menutur perlahan di dalam hati.I’m performing tonight.You’re watching,aite?
Selepas dua kali berkampung di UPSI untuk kem muzik.Dan kemudian berkampung pulak kat Pusat Kegiatan Ko-Ku di Jalan Duta.Lepas tu berkampung pulak kat Grand Continental nie dengan berulang-alik rehearsal ke Istana Budaya...Sepanjang masa tu...Bermacam jenis experience dikutipnya.
Lee Hitler is still Lee Hitler.Namun sekurangnya kalau nak bersembang tanpa keluar aura bunuh tu boleh la jugak sekarang nie,2 out of 10.Tapi ada pulak keluar aura bunuh untuk orang lain.Tia Soggy.Dash menjulingkan mata tanpa sedar pada cermin di depannya.Rapala betul...apa dia ingat aku ngan Lee tu couple ke apa?Ada ke boyfriend yang nyaris nak suruh girlfriend dia buat push-up tengah-tengah Istana Budaya sebab malas nak practice untuk duo?Putus fius...
Tapi apart from that,yang lain cambest.Pojie,Jaff ngan Aiman bebudak KYS tu lepak petala ke lapan nak dibuat kawan.Azwa STF dengan Fatin ngan Laili budak Sultanah Asma’ tu lagi lepak tahap giga.Baik dengan diorang pun sebab jadi room-mate dengan Azwa masa kat UPSI dan kat sini.Fatin dengan Laili bilik sebelah.Selalu bertembung nak turun makan sekali.Sumpah diorang tu memang coolio gila.Main basketball kat UPSI sama-sama,jam sama-sama,karaoke sama-sama,lepak sama-sama.
Tapi Lee mesti ada je dok watch-out kalau-kalau dia buat perangai.Konon tamau malukan nama sekolah.AMPP skema!Dash mencebik.Baling tembikai kat orang tu kira salah ke?Atau maybe salah sebab orang yang aku baling tembikai tu Tia?Dia suka Tia?Ahaha...Atau mungkin benda tu salah sebab aku nak start food fight tu tengah-tengah banquet hall hotel?Tak pun dia marah aku pasal tembikai yang third aku baling tu terkena dia?Bibir tanpa sedar mengukir sengih.Nasib baik masa tu ramai orang keliling.Nasib baik jugak masa tu duduk semeja dengan Jaff,Pojie,Aiman,Azwa,Fatin ngan Laili.Kalau tak mau free je kena sembur on the spot.Tapi sejak lepas tu....tiap-tiap kali makan kena duduk sebelah dia.Duduk sebelah dia maknanya duduk semeja dengan cikgu-cikgu jugak.Horror...
Sekilas dia memandang jam di tangan.Dah hampir 6 petang.Azwa tak keluar-keluar lagi dari bilik.Entah nak tonyoh apa lagi kat muka tu pun entah aku tatau.Fatin dengan Laili pun tak nampak bayang lagi.Dia pun kalau ikut jangan harap nak cepat je turun.Nie pun sebab dah janji nak jumpa dengan Lee ngan Mr. Choon kat bawah.Nak check dengan tune violin siap-siap.Mau malu tahap giga kalau time duo nanti main sumbang.
Dan malam nie dah tiba malam persembahan yang pertama.Kira ala first full-dress rehearsal sebelum perform depan Yang Dipertuan Agong hari lusa.Sekali lagi dia merenung diri atas bawah di dalam bayangan cermin.Hujung telunjuk kanan dilarikan membawa rambut depan yang jatuh menutupi kening ke belakang telinga.Matanya kembali jatuh pada silver dragon di atas lapel.
“But it’s my recital....” Dash cuba buat muka kesian.
“Sorry,baby.But this’s the last match of the season.” Josh senyum memujuk. “I’ll be there anyway.” Dia mengeluarkan kotak kecil dari saku jeans. “Mushu’ll be watching over you for me tonight.” Lapel pin silver dragon itu diletak di tapak tangan Dash.
You’re watching,aite Josh?
Or should aku kata drop dead,Josh?
Loceng lif yang berdenting mengejutkannya.Dia berpusing ke arah lif yang kini terbuka pintunya.O~la hot papa come to mama!Rahang bawah tanpa sedar sedikit jatuh.
Kening Lee terangkat sebelah merenungnya dari dalam lif dengan jari menekan button ‘open door’. “Dania?”
Rapala...!Sejak bila Lee Hitler boleh transform nampak macam Joshua Bell* versi mafia in suit?!Dash cepat menggeleng menghilangkan muka ternganga.Tali case violin yang hampir nak melurut terjatuh dari bahu cepat disambar.Namun mulut masih terbisu seketika.
“Dania?” Kening Lee terangkat makin tinggi. “Nak turun ke tak nak nie?Nak kena tinggal?”
Kepala hanya mengangguk laju macam burung belatuk dengan lidah masih bisu.Petanda apakah ini?Aku dibisukan oleh Lee Hitler yang pakai suit?Dia melangkah memasuki lif dengan mata ke bawah.
Lee memandang dengan hujung mata.Yang jalan menunduk dah mengalahkan Perempuan Melayu Terakhir nie pulak apahalnya?Cuak sangat untuk persembahan malam nie ke? “OK ke tak nie?”
Sekilas Dash memandang Lee.Angguk.Matanya kembali memaku lantai lif. “OK.” Tanpa sedar dia mencapai discman di dalam beg yang tergantung bersilang dari bahu kiri.Canon in D separuh jalan dimainkan dengan piano oleh Lee Galloway.Tukar lagu...tukar lagu...nie karang masuk mode sentimental sangat pulak karang nie...Hujung jemarinya laju berlari di atas discman.Seketika kemudian suara Liam Gallagher menerjah telinga menggantikan denting piano.Oasis-Wonderwall mula berlagu.
Sepi mengganti ruang di tengah lif itu.Lee mereganglentur jemari di tangan kiri tanpa sedar,warming-up melembutkan pergerakan tangan untuk persembahan nanti.Sekilas pandangannya menyapu wajah Dash pada pantulan pintu lif.Gadis itu masih dengan pandangan kosong memandang lantai seperti tadi.
Because maybe
You're gonna be the one that saves me
And after all
You're my wonderwall
Oasis masih berlagu di telinga.Dash tanpa sedar menutur lirik lagu itu di dalam kepala.
You’re my wonderwall...Tanpa sedar dia mengulang.Entah kenapa matanya tiba-tiba mengalih pandangan dari lantai ke pintu lif tanpa dipinta.Bertembung dengan pandangan Joshua Bell versi bukan mata biru di situ.
Kening Lee terangkat bertanya.Namun Dash cepat melarikan pandangan ke kasut semula.Haila Dash....kenapa dengan kau hari nie?Sejak zaman bila pulak kau jadi pemalu ala-ala anak dara pingitan Tok Penghulu Kampung Tualang Bercabang Tiga nie?
Lif itu berhenti di tingkat 13.Pintu terbuka.Dash mengangkat wajah.
“Waa...haa...!” Pojie bersiul rendah melihat Dash dari atas ke bawah. “Dress to kill.I like that.”
Aiman menjulingkan mata. “Memang betul la kau nak kena bunuh.” Dia melangkah masuk ke dalam lif. “Lee.” Dia menegur sepatah.Pandangannya dialih ke arah Dash. “Dash,looking good.”
Lee hanya mengangguk kembali tanpa kata.
“Back to you,bro.” Dash angguk. “And you.” Dia mencerun merenung Pojie. “You’re dead.”
Pojie dan Jaff turut melangkah masuk sambil ketawa. “Compliment apa aku bagi tu....” Pojie membetulkan letak tie di leher.
Jaff menekan butang menutup pintu. “Cantik lapel pin.Kau rembat mana?” Dia memandang Dash di bayangan cermin di pintu.
Empat pasang mata beralih ke arah pin di atas lapel.
Wajah Dash tak beriak. “AES?”
“Aku boleh baca la AES tu American Embassy School.” Jaff menjulingkan mata. “Anak naga kat bawah AES tu kau rembat mana?”
Dash senyum tawar pada kasut. “Ex aku bagi.”
“Mangai...kau pakai benda ex bagi?” Pojie menggosok dagu. “Bukan selalunya perempuan kalau kira dah putus tu,segala apa yang ada kaitan dengan mamat tu pun dia campak keluar tingkap ke?” Dia berpaling ke arah Dash menanti jawapan.
Dash membetulkan letak tali case di bahu.Tiba-tiba terasa sesak panas je lif tu. “He’s a great guy.Sue me.” Ujarnya tanpa riak walaupun muka terasa hangat semacam.Terasa renungan Lee macam nak tembus. “Kitorang pisah cara baik.” Tambahnya sambil membetulkan letak tali case sekali lagi. “Dia balik US,aku balik Malaysia.”
“Macam Hindustan pulak aku dengar.” Jaff sengih. “Dah la setting kat Delhi.”
Laju kaki Dash melayang menendang belakang kepala lutut Jaff.
“Adoi!”
“Dania!” Suara Lee dah terdengar.
Dash menjulingkan mata.Dah mula dah...Dia memandang pantulan Jaff yang berkerut muka di pintu lif.Sorry.Dia menutur tanpa suara dengan sengih selamba.
Jaff buat muka membalas.
Dash terhinggut bahu menahan ketawa.
“Sudah tu.” Suara penguasa disiplin pecah lagi.
Dan seisi lif tidak lagi bersuara sampai la menjejak ground floor.
***