"Apa dia?" Lee memandangnya sekilas.
"Abaikan." Dash menggeleng.
"Sebab tu orang kata don't judge the book by its cover." Lee mengukir senyum nipis segaris pada pintu masuk utama.
"Hmm....betul." Lambat-lambat Dash mengangguk. "Betul." Dia mengulang. "Sebab benda tu tak adil." Gumamnya menambah.
Seketika ruang antara mereka diisi sunyi.
Lee melunjurkan kaki lalu disilang bertindih buku lali kaki kanan di atas pergelangan kaki kiri. "Kenapa cakap macam tu?" Rendah perlahan Lee bertanya.Sekilas wajah gadis di sebelahnya itu dipandang sebelum dia kembali menala pandangan ke hadapan.
Dash menongkat kedua belah tangan ke belakang sambil membetulkan sila.Dia menarik nafas panjang. "Cuba tengok macam nie." Matanya masih tak beralih dari pintu masuk utama dan orang yang lalu-lalang di hadapan mereka. "Masa saya masuk sekolah tu dulu dan sampai sekarang,semua orang pandang saya pelik sebab memang saya kira pelik kalau nak dibanding dengan semua orang yang ada kat dalam sekolah tu.Dan orang memang cepat buat kesimpulan;Dania budak bermasalah,budak lupa asal-usul,bla..bla..dan bla..." Dia menjulingkan mata ke langit. "Adil ke kalau nak label orang macam tu?Hanya sebab saya tak pakai tudung tak semestinya saya baca Fatihah pun tak reti." Teringat masa kena 'soalsiasat' dengan ustazah. "Hanya sebab saya tak pakai tudung tak semestinya saya kerja buat jenayah je."
Lee di sebelah hanya mendengar. "Contoh?"
"Sekurang-kurangnya bukan saya yang kena tangkap basah dating dekat belakang dewan sekolah tengah-tengah malam." Selamba Dash menutur. "Siapa yang kena tangkap?Budak pakai tudung jugak.Ingat semua orang yang pakai tudung pakat baik ke?Dan semua yang tak pakai tudung tu jahat?"
"Dan sekarang awak pulak yang buat kesimpulan semua orang yang pakai tudung tu berpura-pura?" Lee memandangnya di sebelah.
"Mungkin bukan semua." Dash menjungkit bahu. "Dan bukan semua orang yang tak pakai tudung tu patut dilabel low.Saya tak ada kacau orang pun yang orang nak kacau hidup saya kenapa?" Redah la cakap dengan Lee pun.Tiba-tiba je tangki geram naik penuh sebab teringat balik segala apa yang dah jadi.
"Apa kata..."
Dash memandang Lee yang sedikit mendongak mengadah siling Istana Budaya yang sarat berukir.Menanti ayat itu habis.
"....awak yang buktikan ada je budak pakai tudung yang baik." Lee mengalih pandang ke arahnya. "Awak pakai tudung,buat baik.Habis cerita."
"Ada pulak macam tu." Kening Dash naik ke langit.Kot ye pun nak keluarkan hipotesis cuba la yang masuk akal sikit!
"Dah tu." Lee hanya menjungkit bahu.
"Tak kisah la apaper pun." Dash merengus sambil mengadah langit. "Nak pizza!"
Lee hanya senyum menggeleng.
Suit jacket ditarik ke riba sambil dia melunjurkan kaki ke depan.
"Dania."
"Hmm?"
"Nice lapel pin."
"Ikhlas ke tu?"
"Dah tu?"
Telefon yang berdering di atas meja di antara dua katil itu mengganggu tumpuannya pada Bruce Willis di tengah The 5th Element di skrin TV.Tangannya meraba mencari gagang telefon dengan mata tak beralih.
"Hello.Room 1404,how may I help you?" Macam gaya receptionist dia menyambut.
"Hello.Dania?Nie Cikgu Yusman nie."
Tegak badan Dash dari sandarnya di katil.Cikgu Yusman?!Jangan la kata nak buat latihan tengah-tengah malam buta aku nak layan movie nie.
"Awak ada mintak pizza ye?Jumpa saya kat bawah."
_____________________________
*Joshua Bell-one hebat petala ke 8 violinist.He played the pieces for the film 'Red Violin'
Posted at 07:05 am by hlovate
 |  |  |
mimie December 24, 2006 03:44 PM PST
welcome back sis..really miss ur story.. |
 |

 |  |  |
mimie December 24, 2006 03:29 PM PST
welcome back sis..really miss ur story.. |
 |

 |  |  |
..... December 23, 2006 08:16 AM PST
whoaaaaaaaaaaa...
sis hlovate's back!!
at last.... penantian amat menyeksakan!!
ahhhaaaaaaa...leee...
"ikhlas ke tu?"
"dah tu?"
ahahaha...
kangan sama Lee... dash too.. xde dash x jalan la cerita ni~
thanx a lotz sis~! |
 |

 |  |  |
wan nadhira December 23, 2006 03:03 AM PST
nape dh lama xsambung???
boring r... xde mende nk baca... |
 |

 |  |  |
nish December 21, 2006 12:07 AM PST
np lame xupdate??wondering... |
 |

 |  |  |
benbaz December 17, 2006 07:22 PM PST
salam hlovate........thx ye..........ade entry lega sket...ALLAH BLESS |
 |

 |  |  |
AnakAbah December 16, 2006 10:59 PM PST
dash pun ade gak..ahaks..mmg lucky..thanks hlovate..missh u~ |
 |

 |  |  |
Name December 16, 2006 05:51 AM PST
what a nice surprise, made my day as always... :)
kak ee |
 |

 |  |  |
mass December 15, 2006 05:17 PM PST
thanx hlovate...lastly have a n3..ingatkn dah tak nk tulis dah citer nie... miss ur story...=) |
 |

 |  |  |
aielemocnian December 15, 2006 07:48 AM PST
me too... (apa igt ni tempat chatting ke? hak hak!) |
 |

 |  |  |
hlovate December 15, 2006 07:41 AM PST
hello stranger,
miss u too,'nuff said =) |
 |

 |  |  |
aielemocnian December 15, 2006 07:32 AM PST
hisashiburi... ;) |
 |