Waarrgghhhh!!!!!
Tension!!!
Terasa nak bagi reverse punch pada locker kayu di dorm tadi.Dash menghela nafas panjang.Hampir empat bulan.Dan masih hampir empat bulan juga dia masih tak betah.Langkahnya laju berlari anak menuju ke arah astaka.Dari jauh kelihatan seragam putih sudah memulakan gerakan.
"Lambat!!"
***
Peluh di dahi dikesat dengan belakang tangan sambil kaki masih berlari dengan steady pace.Dia memandang ke belakang dengan hujung mata.Ramai juga yang tercicir.Tambah-tambah budak belt bawah.Pandangannya terhenti pada tuan punya wajah serius yang masih steady dengan larian lima langkah di belakangnya. Pandangan wajah itu dingin kosong ke hadapan.Sejak dari mula latihan sepatah pun dia tidak bersuara.As if sebelum nie dia bercakap je.Tanpa sedar dia senyum sendiri di dalam hati.Lee menggeleng perlahan.Nur-Dania.Yang keras.Yang degil.Yang kasar.Yang bermasalah.Tanpa sedar dia menggeleng kepala lagi.Anak buah yang terasa begitu payah untuk dijaga.
Pertama kali memandang gadis itu hanya sepatah perkataan melintas kepala.
Gothic.
Dan yang nyata amaran awal Johan bukan satu lawak antarabangsa.
Goth!So what?!Dash merengus geram dalam larian.Orang-orang di sekeliling dan dibuat tak endah.Tak begitu sedar yang ini hampir masuk lap ketiga tawaf dataran kejat sekolah itu.Hampir empat bulan dia di sini dan hampir empat bulan juga dia masih menerima pandangan-pandangan pelik serta sindiran.Pedas,tajam,pahit,kelat.Semua ada.Baik dari student,baik dari cikgu. OK,fine.Semua girls dalam school nie pakai tudung.Dan aku sorang je tak.Aku free-hair,kacau orang ke?Aku gothic ke..punk ke...punk-rocker ke...punk-ska ke...pang-lima ke...pang-gilan pulau ke...kacau orang ke?Aku rambut ala boycut,kacau orang ke?Ingat semua orang yang pakai tudung tu baik?Heh.Ada je orang pakai tudung solat lima waktu pun tak khatam.
"Tak paham-paham bahasa ke nak ikut keadaan?Ingat sini sekolah US dia tu ke?" Berdesing terasa telinga mendengar suara sumbang entah milik siapa itu. "Tak reti-reti nak pakai tudung."
Baru aku plan nak try mintak tolong Mak Lang belikan tudung sekolah minggu depan.At least belajar nak pakai kalau itu yang boleh buat aku be in the crowd.Sekali jadi macam nie..huh!Kirim salam awal-awal la.Tak ada member pun aku hidup je.Lariannya kini sampai ke tiang bendera.Habis lap ketiga di bawah sedar.Tanpa sepatah kata dia turun ke tanah membuat push-up.10.Kemudian kembali bangun berlari dengan fikiran masih sibuk berputar.
Memang bukan budak perempuan biasa.Lee memandang lagi wajah Dash di belakangnya dengan hujung mata.Nur-Dania.Bukan dipanggil Nur,bukan dipanggil Dania.Tanda 'dash' kecik yang kat tengah tu pulak yang jadi nama panggilan.Dia menggeleng lagi.A girl with little words,but unfiltered bahasa.Lama sangat hang around dengan Mat Salleh agaknya.Talent untuk trombone dengan violin patut diberi pujian.Meski untuk trombone dan kawad mungkin hanya mediocre,namun Grade 7 Violin ABRSM itu bukan sekadar sijil.Taekwondo,memang obvious dia dapat 1st Dan tu bukan dengan belanja instructor dia dulu makan mee tomyam.She really has the 'talent' untuk patah-riukkan anak orang given any time.Kira aset yang lethal dengan temper dia yang ala Krakatoa.Pandangannya melirik lagi pada gadis itu.Dan aku wonder apa yang dah jadi hari nie sebab dia make it through sampai 4th lap.Yes...That Dania is all that,but running kills her.Dia maklum Dash benci berlari.Gadis itu lebih sanggup turun pumping 30 daripada berlari.
"Lambat!!" Jerkahannya pada Sett bergaung di tengah padang.Sett ketika itu baru tergocoh-gocoh berlari masuk baris dengan Blessing Scholastic di tangan. "Semua lari pusing padang 3 round!!"
Dan Dash kalau diikutkan hampir macam nak kena diberi CPR je time dah masuk dua setengah pusingan padang trek 1500m tu.And now she's still going?
At least aku dah masuk sini aku tak pakai hair-mascara,no black cutex,tak pakai make-up goth ke pekenama,kira law-abiding la tu.Tak pakai any ring or acessories yang Johan memang dah warning awal-awal jangan even bawak jejak sekolah nie.Subang-subang extra kat cuping telinga kiri kanan pun dah ditanggal sebelum masuk sini.Sayang je semua ring dengan pendant Eddie Iron Maiden tu.What's the big deal dengan skull?Black metal?Tanpa sedar dia menjulingkan mata.Do people actually know what black metal is?Bukan semua headbanging tu black metal.Nasib baik tak gelak terguling aku bila budak-budak dorm aku terbeliak bijik mata tengok cassette collection aku.Ada ke patut nak samakan Metallica tu dengan Black Sabbath.Korn dengan Cradle of Filth.Putus fius ke apa?
Tapi keras kepala dia memang remarkable la.Boleh dia buat bodo je kena perli-perli dengan orang keliling dengan gaya ala gothic dia tu.Ini la rasanya first time dalam sejarah sekolah nie ada budak macam dia enrol masuk.Lee menggeleng kepala lagi.Nasib baik la mak bapak dia hantar balik Malaysia.Kalau terus stay duduk AES* tak tau la jadi apa budak tu.
Mama dengan ayah pun satu hal.Kalau nak jadi baik tu kat mana pun atas bumi nie boleh je jadi baik.Kalau nak jadi jahat tu kat mana je pun boleh jadi jahat.
"Environment moulds you,kakak."
Dan itulah yang membuatkan dia akur.Tapi persekitaran macam nie tak membina langsung!Terasa nak je merampus balik India.Kat sini tak ada support,tak ada orang yang faham.Masalah!Tension!Okay...maybe a handful do give a cent about me kat sini.Count my trombone mates in.Tapi kalau setakat manusia-manusia lain yang kisah pasal diri sendiri je,hell with them!Contohnya macam Lee Hitler tu. Pandangannya seolah boleh menembus belakang fiver di hadapannya itu.Tau kerja nak mendera je!Turun 88!Pusing padang 18 kali!Baris sedia sejam!Senang diri dua jam!Memang natural-born Hitler!Neonazi*!
Sayang kalau tak dijaga betul-betul.Tanpa sedar Lee melepas nafas perlahan.Mak ayah sangat penting kalau nak shape peribadi.Tapi kalau jauh dari family pun tak bermaksud tak boleh nak jadi baik.Sepintas rasa melintasi benak.Tanpa sedar dia mengukir senyum tawar.Segalanya adalah pilihan.Tapi persekitaran dan orang keliling memang kena tolong.Speaking from experience huh,Badlee?
Aku paling ingat masa mula-mula masuk band dulu.Pure nightmare!Penguasa Disiplin tu memang la tak berperikemanusiaan langsung!
Tu belum masuk lagi tambah azab dengan Sarjan Hamid jurulatih band tu.Itu lagi nightmare!Ingatkan walaupun sekolah nie serba-serbi menghampehkan at least boleh cari solace dengan dia punya ultimate therapy;music.Sekali jadi nightmare berganda kuasa dua.Sheesh...
"Konon macho la tu...Black belter lari tak berhenti." Terdengar ketawa sumbang dari tepi koridor menghala ke kantin. "Ingat dalam kubur boleh lawan malaikat dengan taekwondo ke kalau tak pakai tudung?"
***
"Adik kau tu...." Lee menggeleng kepala sambil membawa mug berisi nescafe ke bibir.
"Remaja bermasalah." Tanpa berfikir Johan terus menyambung.Dia memandang Lee sekilas sambil menarik senyum segaris.Biskut Hup Seng di tangan dipatah dua. "Bala apa pulak yang dia bawak kat kau hari nie?" Biskut di tangan dibenam ke dalam nescafe.
Lee tak membalas senyum. "Dia nak bungkus geng-geng Yon tu single-handed patang tadi." Dahinya sedikit berkerut. "Gila ke apa."
Johan hanya menjungkit bahu. "Memang pun."
"Kau bagi la nasihat sikit.Jangan kerja nak ikut kepala dia je.Nie bukan AES.Dia tak paham-paham ke?" Datar Lee bersuara.
Johan hanya diam.Biskut Hup Seng dipatah lagi.To bend a Dania bukan macam nak patahkan biskut Hup Seng.
"No offense meant."
Johan menghela nafas panjang."Aku cuba aku yang aku dapat je.Kitorang bukannya close sangat pun." Lee dipandang sekilas. "Berapa tahun dia duduk overseas tu aku tak jumpa.India la..Galapagos la...Lesotho la..."
Lee hanya menggeleng. "Kau buat gaya macam dia native nomad je bunyinya."
"Tapi rasanya apa yang kau cakap dengan dia macam lut sikit kot compare ngan aku." Johan ketawa. "Memang aku tak boleh lupa la berkajang dia sumpah sekolah nie first time weekend balik rumah dulu.Tapi kira length kajang tu sama length la dengan dia sumpah kau sekali."
Lee hanya senyum segaris.
"Tapi kau memang pure Hitler pun.Aku nak backing apa."
Dia hanya senyum menggeleng.Environment and upbringing mould your personality in a way.
Johan merenung memikir sejenak.Dia menyandar tubuh pada kaki katil.Jam yang tergantung di atas pintu dorm dipandang.Hampir 12.30 malam.Dah lights-off untuk lampu Bilik Menelaah bagi budak-budak PMR dengan SPM.Dia membetulkan sila di atas lantai dorm. "Lee."
Lee berpaling. "Apa?"
"Do me a favour."
"Pekehal."
"At times,please don't be too hard on her.Aku kesian dengan dia.Dia still tak dapat nak cope,nak adapt.She shunned semua orang yang cuba nak dekat sebab dia tak rasa ada orang yang faham dia.Jangan la kau bagi dia fikir sekolah nie macam neraka."
"I already did."
Johan sengih tawar. "You did."
"Perhaps she need to learn it the hard way."
Johan tak terus menjawab.Badlee..because you learnt it the hard way too,Lee. "Bukan semua orang boleh terima macam tu aku rasa." Rendah Johan bersuara.
Diam.
"By the way..Kau jaga-jaga je la."
Lee berpaling dengan kening terangkat bertanya.
"Aku risau kot nanti kau je yang kena reverse punch dia silap-silap haribulan nanti."
Lee sengih sumbing. "As if aku biar macam tu je.Mau kena pusing padang sekolah 10 kali macam tu."
_____________________________
*AES-American Embassy School
*Neonazi-thanks to Hadiah ;p